Friday, August 31, 2007

WINDOWS RG (Really Good Edition)


Ini baru punya Windows ni.. Paling best punya edition..
For free demo please click here, ok!! Try laa.. mana tahu berminat..
If you want to purchase, we are sorry to tell you that we don't sell software..
Thank you.. :)

Monday, August 27, 2007

Moga Kau Mengerti Oleh Lily Haslina Nasir

Tajuk: MOGA KAU MENGERTI
Penulis: Lily Haslina Nasir
Halaman: 544
Harga: RM19.90

SINOPSIS :

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan de-ngan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

If you want to know the story, cepat-cepat dapatkan 'Moga Kau Mengerti'!! Limited ni!!


Kau Kekasihku Oleh Anis Ayuni

Harga : RM 19.90
Halaman :544
ISBN : 983-124-227-0

SINOPSIS :

Ini lagi ni satu novel ni... Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

So, kalu mo tau.. boleh la membeli... Best ni.. :)

Ku Seru Nama Mu Oleh Ilani Mysara

Tajuk: Kuseru Namamu
Halaman: 519
Harga: RM19.90

SINOPSIS:

APA ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tangggungjawab.

“Ini adalah cerita nenek moyang kamu. Tapi ingat, yang baik jadikan pedoman. Yang buruk, buang jauh-jauh. Apa jua berlaku pada diri kita, jangan cepat mengikut hasutan. Padahnya hingga ke liang lahad. Setiap apa jua, mulakan dengan Bismillah.”

Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang per-juangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi.

“Akan lahir satu keturunan di antara kamu. Seorang puteri bakal dikirimkan. Jagailah ia. Sesungguhnya, ia ingin menebus satu nama yang tercemar. Tujuh sumpah akan dilaluinya. Air mata dan pengorbanan adalah syarat yang pasti ditempuhi. Setiap satu sumpah, berakhir dengan sehelai rambut emas berjaya dicabut.”

Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di antara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya?

Bacalah demi sebuah nama yang suci...


Sentuhan Cinta-Haiza Najwa

Tajuk: Sentuhan Cinta
Halaman: 474
Harga: RM18.00

SINOPSIS:

Hanya kerana dendam, Tajiyah sanggup memomokkan wajah Hurin Ain sebagai hodoh dan paling buruk. Sakit hatinya tatkala menatap rambut ikal mayang berwarna perang dan mata biru milik anak tirinya itu.

Hurin Ain percaya dan menancapkan kepercayaan itu dalam mindanya tanpa prejudis kerana kasihnya kepada wanita itu. Dia mendambakan kasih seorang ibu yang tidak pernah membelainya.

Mungkinkah ada insan yang sudi membawa Hurin Ain kenal dirinya sendiri? Lalu memberikan kebahagiaan setulus kasih kepadanya? Bacalah novel ini. Anda akan dapat jawapannya.


Belaian Jiwa Oleh Eka Fahara

Tajuk: Belaian Jiwa
Halaman: 512
Harga: RM19.90


SINOPSIS:

Kelainan yang dibawa oleh Eka Fahara pasti membelai jiwa anda tatkala anda membaca novelnya. Indahnya cinta membelai jiwa tatkala lelaki yang disayangi oleh Alisya berada di sisi. Percintaan dengan Syed Danial Hafizi amat ditentang oleh Tengku Amnah. Terkapai-kapai Alisya cuba merungkaikan suatu kejujuran.

Dalam masa yang sama, Zahri datang kembali cuba meraih cinta yang sudah sekian lama terputus sedangkan Alisya sudah menjadi isteri orang secara senyap. Namun, dia hanya menganggap Zahri sebagai abang dan tidak lebih dari itu.

Adim pula muncul secara diam. Sikap ambil beratnya terhadap Alisya benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Dia tidak boleh menerima kehadiran lelaki itu.

Mengapakah Tengku Amnah menentang Syed Danial Hafizi daripada terus berhubung dengan Alisya. Mengapakah Zahri ingin kembali kepada Alisya? Dan adakah Adim dapat diterima oleh Alisya?

Novel ni sudah d beli oleh salah s'orng ahli group kami.. dia cakap best ni cerita dia.. So, u can buy it if u think u want to read the whole story... :)